6 FAKTA MENARIK HIJRAH RASULULLAH SAW 1. Hijrah Nabi Muhammad SAW berlaku pada 12 Rabiulawal. 2. Khalifah Kedua iaitu Umar Al-Khattab telah memilih bulan Muharam sebagai permulaan tahun baru Islam. 3. Rasulullah SAW mengasaskan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam yang dikenali Masjid Quba'. 4. Sebelum Baginda memulakan perjalanan hijrah, rumah baginda telah dikepung oleh 11 orang pembesar Quraisy yang bertujuan membunuh Baginda. 5. Rasulullah SAW berhijrah bersama-sama Abu Bakar Al-Siddiq dan Abdullah bin Uraiqit Al-Laithi (sebagai penunjuk jalan). 6. Perjalanan hijrah Baginda dan Abu Bakar Al-Siddiq dari Mekah ke Yathrib (Madinah) sejauh +475 KM adalah dengan menaiki unta. Semoga bermanfaat untuk semua. Yayasan Maghfirah (PPAB-04/2018) telah ditubuhkan pada awal 2018 dengan satu matlamat yang jelas iaitu untuk menjadi Yayasan yang terunggul di dalam usaha islah umat di dalam bidang pendidikan dan kebajikan. Berpusat di Kajang, Yayasan Maghfirah komited untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan tujuan penubuhannya. Layari laman web kami di https://www.yayasanmaghfirah.org